Nilai 5 Ringgit……..
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun
tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan
kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan
nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan
hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar
langsung,geli.Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam.
Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan
bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan
jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan
berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru
beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti
orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh
menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja
di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis
bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku
menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka
itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit
marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit
berundur." Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia
bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.
Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu.
Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya
yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak
berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh
sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar
kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula
bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk
terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk
mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta
simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta.
Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku
mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang
nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum
pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil
tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah
hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak
memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan
untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia
memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut
dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur
hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di
restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak
ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke
dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak
pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil
wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan
terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku
memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah
lihat. Aku membesar dalam hutan batu, dikota lumpur. Keras diselaput wang
kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang
gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar
sana.Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku
melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan
garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg
besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh
membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit
tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh,
pakcik. Tadi saya bagilima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak
ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan
tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas
tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi
dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik
tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan
ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu
orang kaya yang hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih
kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri
pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang
berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas
tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta
maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di
hujung kaki. "
Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan
sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita
angkuh dan bongkak. Pakcik kesana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke
tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan
sampai kelaparan,jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wanglima ringgit di
hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli
segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam
diri orang tua itu.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang
kita dapat.."
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun
tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan
kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan
nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan
hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar
langsung,geli.
Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan
bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan
jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan
berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru
beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti
orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh
menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik,tunangnya. Aku duduk sahaja
di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis
bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku
menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka
itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit
marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit
berundur." Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia
bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut.
Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu.
Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya
yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak
berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh
sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar
kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula
bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk
terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk
mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta
simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta.
Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku
mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang
nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum
pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil
tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah
hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak
memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan
untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia
memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu.Menambahkan kerut
dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur
hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di
restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak
ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke
dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak
pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil
wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan
terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku
memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah
lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di
kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang
gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar
sana.Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku
melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan
garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg
besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh
membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit
tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh,
pakcik. Tadi saya bagi
ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan
tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas
tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi
dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik
tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan
ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu
orang kaya yang hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih
kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri
pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang
berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas
tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta
maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di
hujung kaki. "
Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan
sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita
angkuh dan bongkak. Pakcik ke
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke
tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan
sampai kelaparan,jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang
hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli
segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam
diri orang tua itu.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang
kita dapat.."
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,

ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN
No comments:
Post a Comment